Wednesday, December 30, 2015

#8


3:54 Pm
30/12/2015

Pertama sekali 
aku tak tahu apa nak cerita dekat sini
mungkin entry yang ini last untuk tahun ini
Tak banyak pun aku cerita dekat sini
tak macam dulu 

Sekarang
tidak lagi semua cerita 
simpan kemas dalam hati & diri sendiri
kenapa? haa jangan tanya laa
HAHA.

Banyak benda yang jadi dalam tahun 2015
semuanya akan aku simpan kemas sampai mati
Manis & pahit bercampur gaul
kehidupan?ada pro dan kontra.
semua manusia aku rasa macam tu kot?

sambil memandang bunga yang hidup
segar ditepi jendela bilik ku ini
aku terfikir tentang kenangan manis
yang terjadi pada tahun 2015
kenapa cepat masa berlalu?

tangan aku basah secara tiba tiba
memang dari dulu kalau memikirkan
hal paling menyakitkan dalam hidup
aku akan berpeluh dan rasa sangat tak bermaya
tapi adat la mana ada yang seronok saje.

soal kehidupan yang akan datang?
oh paling seronok nak menaip
aku impiankan aku bakal bersama
dengan orang yang aku cintai
dan aku nak kenal erti kehidupan lagi.

Tahun baru yang bakal datang 
aku harapkan ada benda baik 
bakal berlaku dalam kehidupan 
baik dan buruk akan aku terima 
asalkan atas keupayaan aku sendiri
untuk hadapi apa jua yang datang

Doakan aku berjaya dunia & akhirat
Doakan juga aku akan hidup bahagia 
menjadi hamba Allah yang berguna
tahu arah tuju kehidupan atas dunia
tidak lupa kehidupan di akhirat jua

Kita sama sama ingin bahagia 
insyaallah sampai ke syurga Allah
aminn.









Tuesday, December 29, 2015

#7



Selamat Bertunang Farissa Azreen Fauzi.
insyaallah semuanya akan dipermudahkan Allah Swt
amin

Tuesday, September 29, 2015

#6

Bila mendengar tangisan 
Tangisan dari insan 
yang menahan segala rasa
itu benar benar mencabar jiwa


kerana kita juga
masih mengumpul kekuatan
mana mungkin kita mampu berikan
kekuatan itu pada insan lain

aku mula belajar 
bagaimana menahan rasa itu
kerana aku tidak mahu 
rasa itu membunuh segala rasa yang aku punya.

All is well.
insyallah.




#4


5:33 Pm
29september2015


Once kau dah galas satu benda
Kau cuba jaga dengan keikhlasan
Allah itu maha kaya maha mengetahui
Apa jua yang dia sudah tetapkan untuk kau 
Kau cuba buat & jaga sehabis baik
Kau nak diri disayang tuhan? 
Ikhlas dulu.


Senjata kita apa ? 
Doa . 



Monday, September 28, 2015

#3



ketika ini
satu benda je aku teringat
rindu kena kejar satu rumah 
patahkan semua batang rokok ayah

paling rindu dakapan itu
dakapan yg penuh kasih sayang
dakapan terakhir walaupun mulut terkunci

berehat
insyaallah pasti akan menyusul 
insyaallah kita pasti akan bertemu kembali


Anak mu.



  

#2



pernah tak terdetik di hati kita
melihat keadaan seperti ini


jujur aku sedih
jujur aku melihat
membayangkan sekiranya dia
ibuku..


ya allah berikan aku kesempatan
untuk menjaga ibu sampai ke akhir hayat.

ya allah
tidak kira apa agamanya
kau lindungi la manusia manusia ini
dari bahaya diluar sana,
berikan rezeki agar ia dapat meneruskan kehidupannya.


#1


11:40
Monday september28



aku selalu sorok kan mata
kerana mata aku tak pandai berbohong.
Terima kasih kaca mata hitam.